4/26/10

Jelaskan dasar pendidikan Tamadun Mesir pada peringkat awal perkembangannya.

Tamadun Mesir purba pada peringkat awalnya telah memperlihatkan system pendidikan yang agak teratur. Ini jelas dengan penubuhan institusi-institusi pendidikan yang berorganisasi dengan perancangan kurikulum yang teratur. Perkembangan kurikulum yang terancang Berjaya memenuhi dasar dan kehendak masyrakat pada ketika itu.
Jika dilihat pada matlamat pendidikan pada peringkat awalnya, jelas sekali menunjukkan tamadun ini cuba untuk melahirkan golongan profesional dan mahir dalam bidang pekerjaan. Golongan ini akan dilantik untuk berkhidmat dalam bidang ketenteraan, pentadbiran, perbendaharaan dan istana.
Ada dua peringkat sisitem pendidikan pada zaman tamadun Mesir iaitu peringkat rendah dan peringkat tinggi. Peringkat rendah melibatkan kanak-kanak yang berumur enam tahun dank e atas. Mereka ini diajar aspek membaca, menulis dan mengira. Pendidikan diperingkat tinggi pula biasanya dijalankan di pusat-pusat pengajian tinggi yang dekenali sebagai “House of Lifes”. Kebanyakkannya rumah-rumah berhala yang menguruskan pusat-pusat pendidikan ini. Mata pelajaran yang diajar pada peringkat tinggi ialah falsafah, undang-undang, kesusasteraan, matematik dan agama.
Biasanya proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di rumah guru. Pada peringkat rendah ini kanak-kanak dikehendaki belajar enam hari dalam seminggu. Mereka akan menghafal huruf-huruf dan mempelajari perkataan pada peringkat awalnya. Pada peringkat seterusnya pelajar akan menyalin dan menterjemah teks. Selain daripada itu mereka juga belajar subjek geografi. Matematik dan bahasa asing. Mereka juga membaca dan mennyanyikan petikan daripada teks-teks klasik dalam kumpulan.
Terdapat banyak institusi pendidikan pada peringkat awal perkembagan Tamadun Mesir yang berperanan menyebarkan ilmu dikalangan masyarakatnya. Antara isntitusi pendidkan tersebut ialah rumah guru, istana, kolej atau akademi, sekolah pertukangan dan pusat latihan professional. Rumah guru merupakan institusi yang terawal untuk mengajar kanak-kanak pada usia empat tahun lagi. Manakala istana hanya dikhaskan untuk anak-anak firaun dan putera-putera diraja belajar di sini. Mereka ini diajar oleh tutor diraja. Terdapat juga sekolah khas untuk anak-anak raja dan golongan bangsawan. Institusi pendidikan tinggi yang juga dikenali sebagai kolej atau akademi dilengkapi kemudahan seperti perpustakaan dan scriptoria. Sekolah-sekolah pertukangan berperanan untuk melatih pelajar-pelajar dalam bidang pertukangan. Sekolah ini dikhaskan untuk anak-anak kakitangan kerajaan sahaja. Golongan professional seperti doctor, jurutulis, arkitek dan sebagainya di tempatkan di pusat-pusat professional
Kurikulum pembelajaran dalam tamadun Mesir purba dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu kurikulum peringkat rendah, menengah, tinggi dan vokasional. Kurikulum di peringkat rendah menekankan kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira manakala peringkat menengah pula menekankan pembelajaran subjek agama dan sekular. Subjek sekular seperti falsafah, matematik, geografi,undang-undang, astronomi dan sejarah turut dipelajari di peringkat menengah. Subjek-subjek seperti kesusasteraan, pendidikan, falsafah, undang-undang, matematik, sejarah, agama, astronomi dan perubatan pula merupakan kurikulum pendidikan tinggi manakala pendidikan vokasional pula menekankan latihan praktikal dalam profesion tertentu.
Kesimpulannya dasar pendidikan Tamadun Mesir memperlihatkan system pendidikan yang teratur. Ini jelas diperhatikan dari segi matlamat, proses pembelajaran, kurikulum dan institusi pendidikan yang wujud ketika itu.

4/12/10

Pembangunan ekonomi India pada peringkat awal dapat ditinjau daripada pelbagai faktor. Jelaskan kenyataan ini.

Pembangunan ekonomi India bermula apabila kegiatan pertanian menjadi sumber ekonomi utama pada akhir zaman Vedik. Kegiatan pertanian yang meningkat membolehkan lebihan hasil pertanian yang kemudiannya disimpan dan digunakan bagi memenuhi permintaan penduduk Bandar yang menjalankan aktiviti perdagangan dan perniagaan. Kegiatan perdagangan semakin meningkat apabila permintaan terhadap barangan perdagangan meningkat. Pertambahan kilang-kilang dari masa ke masa menjadikan kegiatan ekonomi India menjadi semakin pesat. Perkembangan pesat ini berkait rapat dengan penubuhan persatuan-persatuan perdagangan dan perindustrian, syarikat-syarikat perdagangan, system mata wang dan percukaian.
Kemunculan banyak persatuan perdagangan pada zaman Buddha di Bandar-bandar utama di India telah membantu kepada pembangunan ekonomi India. Sebagai contoh kita dapati terdapat persatuan tukang cat, tukang barang kulit, tukang jenis logam dan sebagainya. Persatuan-persatuan ini bersatu dalam kalangan anggota-anggota syarikat dan pekerja-pekerja persendirian dalam satu badan koparat yang tunggal. Badan koparat ini berkuasa dalam menentukan gaji pekerja dan kualiti serta harga barangan yang dihasilkan oleh anggotanya. Persatuan-persatuan perdagang ini akan dikawal oleh raja melalui seorang penyelia yang dikenali sebagai Bhandagarika yang bertugas sebagai bendahari. Dengan adanya badan koparat seperti ini telah meningkatkan lagi aktiviti ekonomi di India yang bukan sahaja memperlihatkan peningkatan kualiti barangan malahan melindungi para pekerjanya. Persatuan ini juga mempunyai mahkamahnya yang sendiri bagi membicarakan kes-kes yang membabitkan anggotanya. Peranan mahkamah ini sebenarnya untuk melindungi anggota-anggotanya daripada masalah sosial yang dihadapi para pekerjanya. Mahkamah ini juga berfungsi untuk menyingkirkan dan menghalang anggota-anggota yang bersalah daripada mewarisi perniagaannya.
Setiap persatuan perdaganagan akan diketuai oleh seorang ketua yang digelar Elder(Jyesthaka). Biasanya jawatan ini disandang oleh anggota yang paling kaya dalam persatuan tersebut. Beliau akan dibantu oleh suatu majlis yang terdiri daripada anggota yang berpengalaman. Dalam keadaan tertentu terdapat persatuan-persatuan pedagang yang mempunyai tentera nya yang tersendiri bagi memberi perlindungan kepada anggotanya. Persatuan-persatuan ini turut berperanan sebagai bank,menerima deposit dan memberi pinjaman kepada pedagang-pedagang dan orang-orang lain.Mereka juga bertindak sebagai pemegang amanah bagi tabung-tabung kewangan tetap yang dimiliki oleh institusi-institusi keagamaan. Perkembangan ini sudah tentulah memberi peluang yang lebih luas kepada mereka yang inginkan memajukan aktiviti ekonomi mereka dengan adanya kemudahan pinjaman.
Perkembangan ekonomi India semakin rancak apabila syarikat-syarikat pedagang membuka cawangannya disetiap Bandar utama. Contohnya Viravalanjigar yang bermaksud Company of Gentlemen Merchants. Syarikat-syarikat perdagangan yang muncul di kebanyakan Bandar utama ini dikawal oleh sebuah majlis pusat di Mysore. Syarikat perdagangan ini juga memberi perlindungan kepada angota-anggotaya dalam memajukan perniagaan mereka. Konvoi-konvoi perdagagan pula dikawal oleh para pegawai syarikat dan dibawah perlindungan askar-askar persendirian.

Penggunaan mata wang turut membantu dalam pembangunan ekonomi India.Pada awalnya,mata wang diperbuat daripada perak atau gangsa dan mempunyai bentuk yang tidak sekata.Mata wang tersebut mempunyai lambang diraja dan tanda-tanda kawalan pegawai dan pedagang tempatan.Menurut Basham,mata wang yang mempunyai lambang diraja hanya digunakan selepas abad ke-2 S.M.Penggunaan mata wang emas dan plumbum turut digunakan.Golongan miskin menggunakan kulit kowri sebagai mata wang.Pada Zaman Pemerintahan Maurya,pemerintah Kusana memperkenalkan mata wang emas jenis dinara yang digunakan di Rom.Dibawah Pemerintahan Naga(Ganapati),penggunaan mata wang emas semakin berkembang secara meluas.
Pegamalan meminjam wang dan riba di kalangan masyarakat India semakin meluas.Kadar faedah dan peraturan-peraturan serta gadai janji telah ditetapkan oleh Rig Veda dan Dharma Sutra seperti kadar faedah bagi pinjaman terjamin ialah 1¼% sebulan atau 15% setahun.Selain itu,raja juga memberi pinjaman kepada para petani sebagai galakan kepada kegiatan pertanian dan pengairan.Kuil-kuil yang besar turut terlibat dalam memberi pinjaman.Terdapat juga peminjam-peminjam wang yang professional seperti ceti yang terdiri daripada pedagang yang kaya raya dan mengetuai persatuan-persatuan pedagang.
Di samping itu,sistem cukai juga turut membantu dalam pembangunan ekonomi di India.Cukai merupakan salah satu sumber ekonomi utama kerajaan pada Zaman Maurya.Pelbagai jenis-jenis cukai yang dikenakan terhadap rakyat.Antara yang utama ialah “levi” yang dikenakan kepada para petani.Rakyat dikehendaki menyerahkan satu perenam daripada hasil pertanian kepada raja.Cukai ini dikenali sebagai “Bhaga”.Bagi cukai yang dikenali sebagai “Bali” pula ia merupakan cukai keagamaan “Kara” pula adalah cukai daripada hasil buah-buahan dan bunga diserahkan kepada kerajaan. “Senabhaka” pula merupakan tanggungjawab penduduk kampung dalam membekalkan makanan kepada tentera raja yang melalui wilayah mereka.Cukai “Hiranya” pula adalah cukai yang dibayar dalam bentuk tunai padagang.Sekiranya kerajaan menghadapi masalah kewangan,cukai darurat diperkenalkan bagi mengatasi masalah tersebut.
Daripada penjelasan diatas membuktikan bahawa pembangunan ekonomi di India berkembang pesat dengan adanya system percukaian, system mata wang, persatuan perdagangan dan perindustrian dan syarikat-syarikat perdagangan. Keadaan ini telah membawa kepada pembentukan sebuah organisasi yang teratur dalam satu system ekonomi sesebuah kerajaan bagi memesatkan lagi ekonomi India ke tahap antarabangsa.