4/26/11

Sejauh manakah pengukuhan empayar maurya dan empaya Gupta disebabkan oleh kekuatan organisasi tenteranya.

Empayar Maurya dan Gupta merupakan dua empayar terulung dalam sejarah tanah besar India. Kedua-dua buah kerajaan ini telah melibatkan diri dalam peperangan dalam proses pembentukan dan pentadbirannya. Oleh sebab itu, organisasi tentera merupakan satu aspek yang sangat penting dalam proses pengukuhan empayar-empayar ini. Namun begitu, terdapat pelbagai aspek lain yang tidak kurang penting.

Empayar Maurya merupakan empayar terawal di tanah besar India dan empayar ini wujud akibat kekuatan tenteranya. Dinasti Maurya telah menubuhkan empayarnya dengan mengulingkan kuasa Aryan pada tahun 321 S.M.. Empayar ini terbentuk daripada usaha Chandragupta Maurya menyatkan kerajaan-kerajaan Utara India demi menghadapi ancaman Yunani. Usaha-usaha baginda telah menghasilkan sebuah angkatan tentera yang terdiri daripada 9000 tentera bergajah, 300000 tentera berkuda dan 600000 tentera infantri. Tentera inilah yang dapat memenuhi keperluan empayar Maurya dalam aspek ketahanan dan pengukuhan kuasanya daripada segala ancaman sama ada ancaman luar atau dalaman.

WALAUBAGAIMANAPUN terdapat aspek-aspek lain yang juga berperanan dalam pengukuhan kuasa empayar Maurya seperti hubungan diplomatik. Raja Bindusara yang mengantikan Chandragupta Maurya telah menggunakan diplomasi untuk menjamin keselamatan kerajaannya. Baginda telah menakluk hampir semua tanah India selain daripada Kalinga dan kerajaan-kerajaan Dravidian. Kerajaan-kerajaan Dravidian seperti kerajaan Cholas, Pandyas dan Cheras tidak diserang malah, hubungan diplomatik kerajaan-kerajaan ini dengan empayar Maurya telah terjalin. Bindusara pun telah menghantar menjalin hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa luar seperti Mesir dan Syria. Usaha-usaha diplomasi ini diteruskan oleh Asoka, iaitu penganti Bindusara yang menjalin hubungan diplomatic dengan Ceylon, Asia Barat, Mesir dan Eropah Timur. Kegiatan kedua-dua tokoh empayar Maurya ini dalam aspek diplomasi telah menjamin keselamatan empayar Maurya dan menghindari peperangan.

Aspek agama juga penting dalam proses pengukuhan empayar Maurya. Agama Buddha telah memainkan peranan yang penting dalam kerajaan Asoka selepas perang Kalinga. Dalam perang tersebut, kesengsaran dan kesusahan yang dilihat oleh Asoka telah mendesaknya untuk memeluk agama Buddha. Asoka telah melawatt seluruh empayarnya untuk menyebar agama Buddha. Pegawai-pegawainya dilantik khas untuk menyebar dharma. Majlis Buddha telah diadakan untuk menyelesaikan masalah. Utusan-utusan telah dihantar kepada kerajaan-kerajaan lain untuk menyebar agama Buddha. Antara aspek penting yang diberi penekanan oleh agama Buddha ialah nilai-nilai moral, membantu golongan miskin dan melayan hamba dengan baik. Asoka telah membina rumah-rumah rehat, mengali telaga dan menanam pokok demi kebaikan rakyat. Usaha-usaha Asoka dalam aspek agama sebaik sahaja telah mengukuhkan kuasanya dengan menambahkan sokongan rakyatnya.

Pengukuhan empayar Gupta pun bergantung kepada kekuatan tenteranya. Pemerintah yang terkenal dalam kerajaan Gupta ialah Samudragupta yang digelar 'Indian Napoleon' akibat kehebatannya dalam medan peperangan. Dalam jangka hidupnya, Samadragupta telah menakluk sebanyak 20 kerajaan lain. Kerajaan Gupta telah menakluk kerajaan Pallava dan segala wilayah-wilayah jajahannya. Tentera Gupta bergantung kepada tentera panahnya yang mengguna panah besi mempunyai kelebihan jika berbanding dengan panah-panah yang dibuat daripada kayu dan rotan. Kerajaan Gupta juga membiayai sebuah tentera laut yang mencukupi demi tujuan menguasai perairan India. Tuntasnya, organisasi tentera memainkan peranan yang agak penting dalam pengukuhan dan perluasan kuasa kerajaan Gupta.

Nampaknya, kedua-dua empayar Maurya dan Gupta ini turut melibatkan diri dalam peperangan dalam pembentukan dan pengukuhan serta perluasan kuasa. Oleh sebab itu, kekuatan organisasi tentera merupakan aspek terpenting bagi kedua-dua empayar ini. Malah, terdapat aspek-aspek tidak dapat dinafikan kepentingan mereka. Hanya dengan menggunakkan kombinasi semua aspek ini barulah kedua-dua buah kerajaan ini menjadi empayar-empayar yang terulung dalam sejarah India.