Tamadun Mesir purba pada peringkat awalnya telah memperlihatkan system pendidikan yang agak teratur. Ini jelas dengan penubuhan institusi-institusi pendidikan yang berorganisasi dengan perancangan kurikulum yang teratur. Perkembangan kurikulum yang terancang Berjaya memenuhi dasar dan kehendak masyrakat pada ketika itu.
Jika dilihat pada matlamat pendidikan pada peringkat awalnya, jelas sekali menunjukkan tamadun ini cuba untuk melahirkan golongan profesional dan mahir dalam bidang pekerjaan. Golongan ini akan dilantik untuk berkhidmat dalam bidang ketenteraan, pentadbiran, perbendaharaan dan istana.
Ada dua peringkat sisitem pendidikan pada zaman tamadun Mesir iaitu peringkat rendah dan peringkat tinggi. Peringkat rendah melibatkan kanak-kanak yang berumur enam tahun dank e atas. Mereka ini diajar aspek membaca, menulis dan mengira. Pendidikan diperingkat tinggi pula biasanya dijalankan di pusat-pusat pengajian tinggi yang dekenali sebagai “House of Lifes”. Kebanyakkannya rumah-rumah berhala yang menguruskan pusat-pusat pendidikan ini. Mata pelajaran yang diajar pada peringkat tinggi ialah falsafah, undang-undang, kesusasteraan, matematik dan agama.
Biasanya proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di rumah guru. Pada peringkat rendah ini kanak-kanak dikehendaki belajar enam hari dalam seminggu. Mereka akan menghafal huruf-huruf dan mempelajari perkataan pada peringkat awalnya. Pada peringkat seterusnya pelajar akan menyalin dan menterjemah teks. Selain daripada itu mereka juga belajar subjek geografi. Matematik dan bahasa asing. Mereka juga membaca dan mennyanyikan petikan daripada teks-teks klasik dalam kumpulan.
Terdapat banyak institusi pendidikan pada peringkat awal perkembagan Tamadun Mesir yang berperanan menyebarkan ilmu dikalangan masyarakatnya. Antara isntitusi pendidkan tersebut ialah rumah guru, istana, kolej atau akademi, sekolah pertukangan dan pusat latihan professional. Rumah guru merupakan institusi yang terawal untuk mengajar kanak-kanak pada usia empat tahun lagi. Manakala istana hanya dikhaskan untuk anak-anak firaun dan putera-putera diraja belajar di sini. Mereka ini diajar oleh tutor diraja. Terdapat juga sekolah khas untuk anak-anak raja dan golongan bangsawan. Institusi pendidikan tinggi yang juga dikenali sebagai kolej atau akademi dilengkapi kemudahan seperti perpustakaan dan scriptoria. Sekolah-sekolah pertukangan berperanan untuk melatih pelajar-pelajar dalam bidang pertukangan. Sekolah ini dikhaskan untuk anak-anak kakitangan kerajaan sahaja. Golongan professional seperti doctor, jurutulis, arkitek dan sebagainya di tempatkan di pusat-pusat professional
Kurikulum pembelajaran dalam tamadun Mesir purba dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu kurikulum peringkat rendah, menengah, tinggi dan vokasional. Kurikulum di peringkat rendah menekankan kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira manakala peringkat menengah pula menekankan pembelajaran subjek agama dan sekular. Subjek sekular seperti falsafah, matematik, geografi,undang-undang, astronomi dan sejarah turut dipelajari di peringkat menengah. Subjek-subjek seperti kesusasteraan, pendidikan, falsafah, undang-undang, matematik, sejarah, agama, astronomi dan perubatan pula merupakan kurikulum pendidikan tinggi manakala pendidikan vokasional pula menekankan latihan praktikal dalam profesion tertentu.
Kesimpulannya dasar pendidikan Tamadun Mesir memperlihatkan system pendidikan yang teratur. Ini jelas diperhatikan dari segi matlamat, proses pembelajaran, kurikulum dan institusi pendidikan yang wujud ketika itu.
No comments:
Post a Comment